Thursday, 27 November 2014

PANTUN 4 KERAT




PANTUN 4 KERAT
Pantun Nasihat: Perpaduan antara kaum
Bunga raya harum baunya,
Menjadi lambang kebanggaan Malaysia,
Bersatu padu amalan mulia,
Menjadi ikutan anak bangsa.

 Pantun Nasihat: Berjimat-cermat
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang tarikan senang hati,
Amalan berjimat cermat perlu diikuti,
Supaya hidup sentiasa harmoni.

 Pantun Nasihat: Maruah diri
Kain sutera idaman wanita,
Menjadi tarikan seantero dunia,
Maruah diri perlu dijaga,
Supaya hidup aman sentosa.

Pantun Nasihat: Taat Setia
Burung merpati terbang tingginya,
Terbang tinggi di atas telaga,
Anak muda pemangkin bangsa,
Menjadi lambang keutuhan negara.

 Pantun Nasihat: Ilmu Agama
Rangkap pantun mengikut rima,
Bunyinya sedap di dalam ayat,
Pentingnya juga ilmu agama,
Sebagai bekalan dunia akhirat.











Saturday, 27 September 2014

BUDAYA



BUDAYA BERJIMAT CERMAT
       
         “Membazir itu adalah amalan syaitan”. Itulah istilah yang sering kita dengar di kaca-kaca televisyen mahupun di corong-corong radio mengenai perihal amalan berjimat-cermat. Istilah ini juga sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini. Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat-cermat? Sebenarnya, berjimat-cermat merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara. Dalam konteks ini, semua individu dalam sebuah negara memainkanperanan penting dalam mengamalkan amalan berjimat-cermat. Filosofer Laotze berkata,”kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan”. Hal ini demikian memanifestasikan  bahawa pentingnya peranan pelbagai pihak dalam mewujudkan amalan berjimat-cermat dalam kehidupan seharian kita.
         
         Indikator utama untuk mewujudkan amalan berjimat-cermat dalam kalangan masyarakat adalah golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam aspek kewangan kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit dan sehari selembar benang lama-lama jadi kain. Ibu bapa diwajarkan mendidik anak-anak supaya menabung sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian akan dapat membantu mereka membiayai perbelanjaan anak-anak apabila melanjutkan  pelajaran ke manara gading. Adakah kita mahu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Mesti tidak bukan. Sebaliknya, segala masalah akan dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat-cermat dan sentiasa menabung dalam kehidupan seharian. Tuntasnya, amalan berjimat-cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.

          Kontinuiti daripada itu, kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam mencorakkan perbelanjaan keluarga. Bagi golongan wanita yang celik ekonomi, mereka seharusnya peka dan mengambil berat tentang wang yang dibelanjakan. Oleh itu, untuk memastikan ekonomi  dalam rumahtangga mereka sentiasa stabil dan jimat, suri rumah ini haruslah mengikis sikap terburu-buru semasa membuat pilihan, bijaksana serta teliti ketika berbelanja. Misalnya, golongan wanita sewajarnya tidak perlu mempercayai iklan-iklan jualan murah yang indah khabar dari rupa kerana apa yang diperkatakan tidak persis dengan yang sebenarnya. Jika selama ini ada sesetengah daripada mereka yang taksub dengan barangan buatan luar negara yang kononnya berkualiti tinggi, kini mereka boleh beralih arah dengan barangan tempatan yang lebih berkualiti. Ternyatalah, suri rumah sebenarnya juga dapat membantu menjana ekonomi negara.
             Kesinambungan daripada itu,  pihak kerajaan juga haruslah ringan tulang untuk menganjurkan kempen yang mengenai peri pentingnya amalan berjimat-cermat dalam kehidupan masyarakat. Kempen ini juga boleh dijadikan sebagai serampang dua mata kerana selain menerangkan mengenai ganjaran yang bakal di perolehi oleh ahli masyarakat, pihak kerajaan juga boleh menanam sikap berjimat-cermat secara berperingkat dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, masyarakat akan mula muhasabah diri setelah mereka mengikuti atau pun menghadiri kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan ini dan seterusnya akan mempraktikkan segala kebaikan yang di perolehi untuk menjadi seorang yang berjimat-cermat. Hal ini demikian kerana manusia hanya ingin mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros dan mengubah nasib hidup mereka. Jelaslah, berkempen merupakan uslub yang mampu melahirkan masyarakat yang berjimat-cermat.

           Seterusnya, media massa juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan amalan berjimat-cermat dalam kalangan ahli masyarakat. Hal ini demikian kerana saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada-dada akhbar sehingga mengsa tersebut membunuh diri malah membunuh keluarga kerana tidak larat menghadapi penganiayaan along bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya, mereka tidak bersikap ukur           baju di badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Jadi, berita yang dikeluarkan melalui media massa mahupun media cetak mampu menakutkan masyarakat supaya menjauhi diri mereka daripada terjebak dengan masalah tersebut. Tegasnya disini, amalan berjimat-cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti ibarat menarik rambut dalam tepung daripada berhutang.
               
           Indikator langkah yang terakhir adalah peranan diri sendiri terhadap sumber kewangan masing-masing. Sebagai warganegara Malaysia yang hidup dalam udara hasil daripada kemerdekaan seharusnya sudah mampu berfikir di luar kotak pemikiran untuk mempraktikkan amalan berjimat-cermat dalam mengharungi pancaroba dunia ledakan teknologi kini. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita gagal menyimpan sejumlah wang yang banyak dalam tabung. Janganlah sesekali berbelanja mengikut hawa nafsu kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh itu, seseorang itu haruslah bijak menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh ALLAH S.W.T untuk mendisiplinkan diri sendiri ke arah kebaikan. Jadi, ketika kita berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa keramat ini iaitu ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Terbuktilah bahawa peranan diri sendiri mampu melahirkan individu yang berjimat-cermat.
                
          Kesimpulannya, semua pihak tidak memandang enteng mengenai amalan berjimat-cermat kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun. Masyarakat juga haruslah buka mata dan telinga supaya amalan ini tidak pupus dek ditelan zaman. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menggabungkan 1001 kombinasi yang cukup gah dan padu untuk memastikan amalan ini terus subur dan diamalkan oleh generasi yang akan datang. Kita perlu ingat amalan ini merupakan peti asas untuk mencapai aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Bersamalah kita mengangkat amalan berjimat-cermat ke martabat yang lebih tinggi agar dapat menghirup variasi transformasi yang bakal mengegarkan dunia dan membuka mata masyarakat dunia bahawa rakyat Malaysia juga boleh mencapai kemajuan tanpa campur tangan daripada kuasa besar dunia.

              

Tuesday, 23 September 2014

PERBEZAAN PENULISAN


Perbezaan Penulisan
Perbezaan penulisan terbahagi kepada 3 iaitu :-
  •   Penulisan ilmiah
  • Karangan berformat
  • Karangan tidak berformat

Penulisan Ilmiah
  •  Pengenalan - penulisan untuk menyampaikan maklumat, amalan melibatkan seperti memikir, mengkaji, memilih, mengkaji, memikir, merakam, dan menulis hasil daripada pemerhati, pengalaman, pemikiran.
  • Penulisan deskriptif- bersifat ilmiah, akademik dan mempunyai kaitan dengan epistemologi dan mempunyai 4 bentuk iaitu penjelasan, penceritaan, penghujahan, penghuraian.
  •   Penjelasan- memberi pemahaman kepada pembaca tentang teks atau perkara tersebut dan
                               dikenali sebagai kewartawanan
                                                                           
                                                                           I.            Identifikasi – tentukan subjek
                                                                           II.            Perbandingan dan perbeaan – menerangkan subjek dengan memberi imej persamaan dan pertentangan subjek lain.
                                                                         III.            Ilustrasi – contoh dan gambaran untuk idea umum dan idea focus
                                                                         IV.            Klasifikasi – proses , perkara atau cara.
                                                                           V.            Definisi – pengertian tertentu makna dan takrifan subjek
                                                                         VI.            Analisis – pembahagian komponen dan menerangkan sesuatu perkara.
  • Penceritaan-sesuatu cerita boleh ditulis dalam bentuk esei, naratif atau rencana dan
                               berdasarkan manusia dan peristiwa realiti.
  •  Penghujahan-pendapat dan penilaian sesuatu perkara atau subjek mempunyyai 3 kaedah
I.                    Rayuan Logik-Hujahan berlandaskan alas an dan kesimpulan secara
Induktif dan deduktif.
II.                  Rayuan Emosi-pemikiran pembaca, eledmen perasaan, pengaruh, peribadi dan gaya pengarang.
III.                Rayuan Etika-kombinasi bahasa, suasana atau bunyi dan mesej yang hendak disampaikan.

  • Penghuraian-tanggapan, subjek, objek atau manusia.
                                 I.        Huraian objektif-terang dengan tepat dalam bentuk luaran sesuatu subjek dan bebas mengikut tanggapan penulis.
                            II.     Impresionis-pemberitahu dan memanipulasi emosi pembaca sehingga ditafsir secara berbeza.

Karangan berformat: 
·         Berita
·         Laporan
·         Syarahan
·         Ucapan
·         Perbahasan
·         Pidato
·         Surat Rasmi

 Karangan tidak berformat:
·         Surat kiriman tidak rasmi
·         Karangan fakta  (contoh – kadar kemalangan di jalan raya semakin
                                                    meningkat di negara kita)
·         Karangan jenis fakta memerlukan fakta yang tepat dan logic.
·         Mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk.

               Kepentingan penulisan ilmiah

·         Penyebaran ilmu
·         Pembangunan minda
·         Memahami manusia dan masyarakat
                Falsafah penulisan ilmiah
·         Keesaan Allah (konsep taabud)
·         Alam Sejagat
·         Penulis dan teks ilmiah
·         Pembaca

                Ciri-ciri penulisan ilmiah
·         Maklumat benar, sahih seperti fakta, data, carta dan rajah
·         Sumber maklumat sahih dari sumber sekunder dan primer
·         Format standard dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan (bibligrafi) dan elemen-elemen mekanisme penulisan berformat
·         Gaya yang formal
·         Meneroka dan menggali isu semasa
                     
                    Tujuan penulisan ilmiah
·         Pembelajaran
·         Penyelidikan
·         Penaklukan